Laman Utama

Pengurusan Sekolah

Profil Sekolah

Kurikulum

Kokurikulum

PIBG

Maklumat Semasa

Buku Pelawat

Kurikulum

Jawatankuasa Kurikulum
Panitia Mata Pelajaran
Analisa Peperiksaan

Panitia Matapelajaran

 Semua aktiviti kurikulum pada tahun ini akan menakankan kepada pendokumentasian dan perancangan yang lebih sistematik, khususnya di dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyediaan Rancangan Pelajaran yang kemas dan jitu. Oleh itu, perkara-perkara berikut amat ditekankan dalam Panitia Matapelajaran meliputi semua subjek.

1. Fail Panitia Matapelajaran
- Fail Panitia Matapelajaran harus mengandungi perkara-perkara berikut :

Bahagian 1

  • Senarai tugas Ketua Panitia Matapelajaran.
  • Senarai nama guru dalam Panitia yang mengandungi perkara-perkara seperti Nama, bilangan waktu mengajar, tingkatan diajar serta opsyen atau bukan ( borang akan disediakan )
  • Matlamat Panitia
  • Objektif Panitia ( meliputi akedemik, perkembangan staf, P&P, kurikulum )
  • Program Panitia ( yang telah diselaraskan dengan program daerah )
  • Aktiviti Panitia

Bahagian 2

  • Sukatan Pelajaran
  • Rancangan Pelajaran ( semua tingkatan )
  • Soalan peperiksaan awam ( PMR, SPM, Percubaan ) sekurang-kurangnya untuk 5 tahun
  • Skema Jawapan untuk peperiksaan di atas sekurang-kurangnya untuk 1 tahun
  • Indeks Latihan yang mengandungi soalan-soalan mengikut topik yang diajarkan dan glosari / istilah yang asas dan utama untuk topik tersebut.

2. Buku atau Fail Mesyuarat Panitia

3. Bank Soalan

4. Program Khas Panitia
Perlu disediakan oleh Panitia, misalnya untuk pelajar-pelajar yang kurang berpotensi diadakan Kem Matematik, Bijak Sifir, Klinik Fardhu Ain, Sifar Buta Huruf, program pemulihan mengguna-kan Minimum Adequate Syllabus dan lain-lain teknik belajar didalam pengajaran dan pembelajaran.

| Laman Utama | Pengurusan Sekolah | Profil Sekolah | Kokurikulum |
|
PIBG | Maklumat Semasa | Buku Pelawat |