Perutusan Pentadbir Organisasi Sekolah Maklumat Staff Takwim Sekolah Enrolmen Pelajar |
Misi SMKBP adalah untuk membantu anak-anak kita merealisasikan potensi masing-masing melalui sistem pendidikan yang progresif dan berkesan supaya menjadi warganegara yang baik dan berguna. Bagi merealisasikan cita-cita tersebut, adalah penting anak-anak dididik dengan sifat-sifat toleransi, rasional dan pada masa yang sama mempunyai cita-cita yang kental. Sememangnya, kita sedang menuju ke alaf baru yang penuh dengan keajaiban yang kita tidak termimpikan selama ini dengan alam komputer dan siber yang menakjubkan. Namun, pada analisis terakhirnya, perasaan kemanusiaan adalah lebih penting dari segala kemajuan yang menakjubkan itu. Dan, adalah menjadi kepercayaan kita bahawa kecemerlangan itu harus diukur pada kecemer-langan keinsanan dan kemanusiaannya, bukan pada kecemerlangan kemajuan material semata-mata.
Sekian, terima kasih Md.Khambari Bin Manot |
| Laman Utama | Profil Sekolah | Kurikulum | Kokurikulum | | PIBG | Maklumat Semasa | Buku Pelawat | |
Sekolah Menengah Kebangsaan |