Laman Utama

Pengurusan Sekolah

Profil Sekolah

Kurikulum

Kokurikulum

PIBG

Maklumat Semasa

Buku Pelawat

Sejarah Ringkas Penubuhan

1986

Pada pertengahan tahun 1986, satu perjumapaan di antara ibu bapa, guru-guru dan PPD telah diadakan di Sekolah Rendah Sri Bukit Pasir dengan tujuan untuk mendesak Jabatan Pendidikan Johor supaya dapat mempercepatkan peepindahan pelajar ke sekolah baru. Tuan Haji Shamsudin bin Muhammad telah dilantik sebagai Pengerusi sementara perjumpaan itu.

1987

Rancangan untuk menubuhkan PIBG Sekolah Menengah Bukit Pasir telah dibuat. Tujuan utamanya untuk mendapatkan sokongan ibu bapa supaya pelajar dapat berpindah seberapa segera ke bangunan baru.

 

Pada 19 Jun, mesyuarat penubuhan PIBG tekah diadakan buat pertama kalinya di Sekolah Rendah Sri Bukit Pasir. Y.B. Puan Sabariah bte Ahmad ADUN Jorak telah merasmikan mesyuarat tersebut. Turut hadir ialah PPD Muar, Pengetua SM.Tun Perak serta sejumlah besar ibu bapa ( kira-kira 400 orang). Tuan Haji Shamsudin bin Muhammad sekali lagi dipilih sebagai Pengerusi PIBG.

 

Julai 1987, atas desakan dari PIBG Sekolah Menengah Bukit Pasir, akhirnya pelajar-pelajar serta guru-guru telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Jorak Bukit Pasir ( bangunan yang ada sekarang ).

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Bukit Pasir Kali ke-11 1998

Laman Utama | Pengurusan Sekolah | Profil Sekolah | Kurikulum | Kokurikulum |
|
Maklumat Semasa | Buku Pelawat |