Laman Utama

Pengurusan Sekolah

Profil Sekolah

Kurikulum

Kokurikulum

PIBG

Maklumat Semasa

Buku Pelawat

Perkhemahan Tahunan Persatuan Bulan Sabit Merah Cabang Muar Kali ke-11

Majlis perkhemahan tersebut telah diadakan pada 5 - 9 September 1998 di sekolah ini yang mana tujuan diadakan perkhemahan ini adalah untuk melatih ahli hidup berdikari, memahami erti perkhe-mahan, saling hormat menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain. Disamping itu dapat mengenal dengan lebih rapat para pegawai PBSMM di peringkat cabang dan negeri.

Majlis MaulidurRasul

Majlis tersebut telah disempurnakan pada hari Sabtu, 25 Julai bersamaan 1 RabiulAkhir. Penceramah jemputan ialah Tn.Hj.Abu Bakar Lajat, guru SMK Sri Muar.

Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah

Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah tersebut telah diadakan pada hari Jumaat, 25 Jun 1998 jam 3 petang. Pegawai Pendidikan Daerah Muar, Tn Hj Hashim bin Kahat telah bermurah hati untuk merasmikan majlis tersebut dan seterus menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang.
Tahniah kepada En Sapaat bin Hj Abd Aziz yang telah berjaya mengekalkan jawatan Yang Dipertua PIBG.


Hari Terbuka dan Pasar Ria

Majlis Hari Terbuka dan Pasar Ria telah berlangsung pada 13 Jun 1998. Hari terbuka bertujuan merapatkan lagi hubungan dan meningkatkan kerjasama di antara ibu bapa dan guru dengan harapan anak-anak didik yang belajar di sekolah ini akan meningkatkan prestasi akademik masing-masing.

Bimbingan dan Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dan akan menjalankan beberapa aktiviti seperti yang telah dirancangkan sepanjang tahun 1998 ini. Di antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Kursus Motivasi dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Anak-anak Johor dan juga beberapa sesi ceramah teknik menjawab soalan SPM dan PMR.


Laman Utama | Pengurusan Sekolah | Profil Sekolah | Kurikulum | Kokurikulum |
|
PIBG | Buku Pelawat |